tentangku

Blog ini menceritakan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan untuk dijadikan panduan pembaca di luar sana. Perkongsian bahan-bahan pdpc juga ada dalam blog ini.

Khamis, 31 Disember 2020

Menjelang 1 januari 2021

Tahun 2020 hampir menutup tirai dan tahun 2021 bakal membuka tirainya tepat jam 12 malam. Bercerita mengenai tahun 2020, terlalu banyak kisah terutama tentang pandemik covid-19. Seperti entri sebelum ni covid bermula sejak 25 Januari 2020 dan menyebabkan PKP terpaksa diteruskan sehingga bulan Mei..then jun julai ogos september oktober sekolah dibuka. Namun sekolah terpaksa ditutup sekali lagi sehingga cuti sekolah..murid masih belajar di rumah.

Segalanya berlaku dalam tahun 2020. Alangkah seksanya murid dan guru terpaksa belajar dan mengajar atas talian. Kes semakin meningkat dari hari ke hari dan saat entri ini ditulis kes di Malaysia adalah yang paling tinggi sejak mula iaitu 2525 kes.. Allahuakbar.. Ya Allah ampunkan dosa kami di atas muka bumi ini dan angkatlah penyakit yang sangat ditakuti dan telah mengubah segalanya.. Kaulah Tuhan yang Maha Esa ya Allah

Rabu, 1 April 2020

Kisah Covid-19

Sebenarnya dari mula penularan covid-19 ni, saya nak tulis entri tentang wabak yang datang tanpa diduga. Sekarang ni dah masuk fasa ke-2 perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan Malaysia. PKP pertama bermula 18 Mac 2020 dan sepatutnya berakhir 31 Mac 2020. Namun apabila kes covid-19 tidak menunjukkan pengurangan malah kes kematian semakin meningkat, kerajaan menambah lagi tempoh PKP sehingga 14 April 2020.

Bermulanya kes pertama covid-19 di Malaysia ni adalah melibatkan 3 orang warga China yang datang dari Singapura ke Johor disahkan positif pada 25 Januari 2020. Selepas itu kes bertambah dari hari ke hari.

Hari ini 7 Mei 2020 PKP masih diteruskan iaitu untuk fasa keempat. Fasa ketiga adalah 15 - 28 April 2020 dan fasa keempat ditetapkan sehingga 12 Mei 2020..

Sabtu, 7 Mac 2020

Asas Sains Komputer Tingkatan 3 - Bab 3 Algoritma

Linear search - Binary search - Bubble sort dan Bucket sort

Dalam mengajar ASK, bab 3 iaitu algoritma adalah bab yang paling mencabar untuk saya menyampaikan isi kandungan yang ada supaya murid faham konsepnya. Saya wajib faham dulu sebelum murid faham. Jadi saya cuba menyediakan pseudokod dan carta alir dengan cara sendiri untuk diberikan kepada murid. Alhamdulillah objektif saya boleh dikatakan tercapai sebab murid faham pseudokod dan carta alir di bawah..



                                               Pseudokod dan Carta Alir Linear Search


                                          Pseudokod dan Carta Alir Linear Search


                                                Pseudokod dan Carta Alir Bucket Sort



                                              Pseudokod dan Carta Alir Bucket Sort

Khamis, 5 Mac 2020

Bengkel Membuka dan Memasang Senjata (M16) Kor Kadet Polis

Gembira melihat ahli Kor Kadet Polis belajar membuka dan memasang M16. Belum dapat membuka dan memasang sendiri kerana bengkel ini yang penting adalah untuk murid.








Pelancaran Nilam, HaNis & Google Classroom 2020

Pada 28.02.2020 sekolah telah mengadakan satu pelancaran bagi Nilam (Nadi Ilmu Amalan Mulia), HaNis (Hari Nilam Selangor) dan juga Google Classroom

Majlis pelancaran yang sederhana ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang betapa pentingnya ilmu, amalan membaca dan digital learning dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar. Murid yang berilmu diperlukan oleh negara kita untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.










Sabtu, 15 Februari 2020

Penggunaan 'Digital Learning' Dalam Kelas Matematik

Saya ingin berkongsi bagaimana saya menggunakan LCD Projector, any cast, aplikasi Onenote, Surface go + pen..

1. Saya on LCD dan sambungkan dengan any cast biasa..tak beli lagi screenbeam sebab dah ada any cast, dan tak mampu lagi nak beli hehe..

2. Sambungkan (connect) surface dengan projector dengan cara saya tekan je keypad windows+k atau boleh juga klik ikon notification dan klik connect then pilih nama anycast yg sy nk..

So skarang desktop surface kita dh display di skrin..ni 👇 video dan gmbr murid2 kelas masa sy guna 'digital clasroom'. So far mereka happy dan faham apa yg nk diajar..

Masa ni ajar rantau yg mewakili ketaksamaan

Kalau nk lebih jelas besarkan paparan dgn
gerakkan lcd ke belakang lg dn turunkan skit

Bagi murid tulis di surface (onenote) guna pen..

Nampak macam faham apa yg dipelajari.