tentangku

Blog ini menceritakan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan untuk dijadikan panduan pembaca di luar sana. Perkongsian bahan-bahan pdpc juga ada dalam blog ini.

Rabu, 1 April 2020

Kisah Covid-19

Sebenarnya dari mula penularan covid-19 ni, saya nak tulis entri tentang wabak yang datang tanpa diduga. Sekarang ni dah masuk fasa ke-2 perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan Malaysia. PKP pertama bermula 18 Mac 2020 dan sepatutnya berakhir 31 Mac 2020. Namun apabila kes covid-19 tidak menunjukkan pengurangan malah kes kematian semakin meningkat, kerajaan menambah lagi tempoh PKP sehingga 14 April 2020.

Bermulanya kes pertama covid-19 di Malaysia ni adalah melibatkan 3 orang warga China yang datang dari Singapura ke Johor disahkan positif pada 25 Januari 2020. Selepas itu kes bertambah dari hari ke hari.

Hari ini 7 Mei 2020 PKP masih diteruskan iaitu untuk fasa keempat. Fasa ketiga adalah 15 - 28 April 2020 dan fasa keempat ditetapkan sehingga 12 Mei 2020..