tentangku

Blog ini menceritakan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan untuk dijadikan panduan pembaca di luar sana. Perkongsian bahan-bahan pdpc juga ada dalam blog ini.

Khamis, 31 Disember 2020

Menjelang 1 januari 2021

Tahun 2020 hampir menutup tirai dan tahun 2021 bakal membuka tirainya tepat jam 12 malam. Bercerita mengenai tahun 2020, terlalu banyak kisah terutama tentang pandemik covid-19. Seperti entri sebelum ni covid bermula sejak 25 Januari 2020 dan menyebabkan PKP terpaksa diteruskan sehingga bulan Mei..then jun julai ogos september oktober sekolah dibuka. Namun sekolah terpaksa ditutup sekali lagi sehingga cuti sekolah..murid masih belajar di rumah.

Segalanya berlaku dalam tahun 2020. Alangkah seksanya murid dan guru terpaksa belajar dan mengajar atas talian. Kes semakin meningkat dari hari ke hari dan saat entri ini ditulis kes di Malaysia adalah yang paling tinggi sejak mula iaitu 2525 kes.. Allahuakbar.. Ya Allah ampunkan dosa kami di atas muka bumi ini dan angkatlah penyakit yang sangat ditakuti dan telah mengubah segalanya.. Kaulah Tuhan yang Maha Esa ya Allah