tentangku

Blog ini menceritakan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan untuk dijadikan panduan pembaca di luar sana. Perkongsian bahan-bahan pdpc juga ada dalam blog ini.

Sabtu, 8 Januari 2022

Pengalaman Membuka Implanon Setelah 3 Tahun

Hai uols..

Hari ni aku nak cerita pengalaman aku ke klinik untuk membuka atau kata lain mengeluarkan implan yang aku pakai selama 3 tahun..

Disebabkan tarikh sepatutnya dah pun lepas aku terus je pergi ke klinik tanpa fikir apa2. Ini pengalaman pertama jadi tak tahu apa yang mungkin akan berlaku tapi pernah juga terbaca kata implan ni ada yang tak dapat dikesan sebab tertutup oleh lemak di lengan. Aduhai..


Ok first doc tandakan tempat implan tu berada dia rasa dengan jari, nasib baik dapat cari. Lepas tu doc beri ubat bius..aku redha jelah kena cucuk walaupun sakit tu memang terasa. Then doc pun terus cucuk (lubangkan tangan aku) masa ni tak rasa apa sebab bius dah jalan..

Lepas tu aku agak tertunggu-tunggu juga bilalah benda tu nak keluar sebab lama gak (lebih kurang 10 minit). Aku langsung tak tengok prosesnya yelah operation kecil kan mesti darah keluar2. Aku hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan.. Dah lama aku rasa doc macam pusing2 pastu tarik2 so aku rasa macam dah nak keluar.. tapi still tak settle2. So aku tanya doc, dapat tak doktor? Dia jawab dapat tapi ada melekat kat daging skit. Oh yeke, patut struggle gak doc nak tarik implan tu. Dengan izin Allah akhirnya berjaya, syukur alhamdulillah. Pastu baru aku tengok benda tu memang ada melekat daging aku kat situ (macam manelah boleh melekat ye) seramnya bila fikir2 balik.

Jadi aku memang dah seriklah nak pasang semula. Korang yang baru nak pasang dan mungkin sedang pakai implan ni bukalah cepat2 sikit kot supaya takdelah risiko melekat ke atau apa2. Lagi satu jangan lasak sangat tangan tu (tak boleh tekan2 bahagian lengan yang ada implan ni). Tapi apapun semua kuasa Allah.. kita hanya berusaha, Allah yang tentukan. Ada orang mungkin tiada masalah nak pasang dan buka implan.

Aku tak ambil gambar masa tu. Cuma gambar tarikh dan kos membuka implanon je ada. Itupun gambar sharing aku dalam ig.

Khamis, 6 Januari 2022

Umrah Semasa Pandemik 2021 - Emraz Travel

Perancangan saya untuk menunaikan umrah pada asalnya adalah bertarikh 15 Mac 2020. Saya, mak, kakak dan abang ipar telah mendapat beg dan kelulusan visa (melalui emraz travel) namun kerajaan Arab Saudi telah menutup semua penerbangan dari Malaysia. Kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan PKP bermula Mac 2020. Sedih sangat pada ketika itu tetapi takdir Allah tiada siapa boleh mengubahnya.

------------------******-------------------

15 Disember 2021 Allah s.w.t mengizinkan saya bersama jemaah lain menjadi tetamuNya dan meneruskan kembara ke Haramain. Perjalanan bermula dari KLIA jam 1.30 petang dengan menaiki pesawat SV3843. Sebelum menaiki pesawat, kami diberi taklimat oleh syarikat agensi Emraz Travel. Kami sempat solat jama' qasar zuhur & asar di KLIA. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Sedikit gambar sebelum saya, mak, kakak dan abang ipar masuk ke balai pelepasan.


Gambar dari lensa camera emraz travel

Bersama mak dan adik-beradik perempuan

Keluarga besar kami..9 org adik beradik

Keluarga kecil saya..suami dan 5 orang anak

Pergi menunaikan ibadah umrah tidak sama seperti melancong ke luar negara. Biarpun saya pergi sendiri tanpa suami di sisi, menjadi tetamu Allah adalah suatu yang sangat istimewa disamping restu seorang suami. 

Penerbangan Kuala Lumpur ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 9 jam 30 minit. Kami sampai di Airport Jeddah pukul 6 ptg waktu Arab Saudi.

Sempat bergambar selepas ambil bagasi

Gambar hidangan on board yg sempat diambil

Suasana Airport Jeddah

Kami meneruskan perjalanan ke Madinah menaiki bas yang memakan masa lebih kurang 6 jam. Kami berhenti di RnR untuk makan malam dan solat jama' takhir isyak & maghrib. Dalam perjalanan ustaz Mutawwif kami menerangkan tentang bumi madinah dan bagaimana perjalanan check in hotel dsb. Di waktu pandemik covid-19 semua jemaah wajib beli simcard dan mesti ada data untuk menggunakan apps tawakkalna dan eatmarna.

16 Disember 2021
Hari pertama di madinah, kami solat subuh di Masjid Nabawi dan sarapan di hotel. Hotel yang saya duduk ni namanya Golden Tulip jaraknya hanya 50m dari pintu masuk 338 (pintu berhampiran tempat solat jemaah wanita) masjid nabawi. 16hb tu aktiviti bebas jadi dapatlah kami berehat setelah mengharungi perjalanan lebih 15jam.

Hotel Golden Tulip

Waktu subuh di Masjid Nabawi

Bergambar di depan hotel dan Masjid Nabawi

17 Disember 2021
Hari kedua (Jumaat), di Arab Saudi hari Jumaat sangat meriah ramai orang berkumpul di sekitar Masjid Nabawi bawa anak-anak kerana hari cuti. Sebelah petang kami mengikuti aktiviti ziarah pertama bersama emraz iaitu ziarah sekitar Masjid Nabawi.

Ustaz Ahmad Nurain menerangkan sejarah Masjid Nabawi dan kisah Rasulullah s.a.w

Besar Masjid Nabawi ni yang mana disitulah terletaknya makam Rasulullah s.a.w

Kelihatan kubah hijau dibawahnya makam Kekasih Allah yang sentiasa dirindui

18 Disember 2021
Hari ketiga kami dibawa menziarahi sekitar kota Madinah antaranya Masjid Quba', Jabal Uhud, Ladang Kurma. Kami juga melewati Masjid Khandak dan Masjid Qiblatain.







Malam hari 18 dis kami mendapat rezeki memasuki Raudhah di bawah kendalian muassasah jam 10.45mlm. Bersyukur ke hadrat Illahi dapat berjumpa nabi terakhir kita Nabi Muhammad s.a.w.




19 Disember 2021
Hari keempat kami mengikuti ZIARAH TAMBAHAN menaiki coaster ke Masjid Ijabah, Masjid Diro', Telaga Izik,  Masjid Musobbih, Telaga Ghars dan Salman, Kubu Kaab dan Masjid Fash.

Kos untuk ziarah tambahan ini ialah SR70 setiap jemaah. Sebahagian gambar buat kenangan..







Melalui eatmarna kami juga ada 'booking slot' memasuki Raudhah jam 9.30mlm. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan nak masuk pun sangat tenang cuma rasa macam masih ada kekurangan untuk diri saya yg kurang ilmu.

20 Disember 2021
Hari terakhir di Madinah. Waktu ni kami perlu mengemas beg bagasi dan letakkan di luar bilik masing-masing. Selepas zuhur kami akan bertolak ke Mekah menaiki bas yang mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Semua jemaah lelaki telah berpakaian ihram. Kami berniat ihram di miqat Bir Ali sebelum masuk ke Tanah Haram.

Lebih kurang jam 7.30 kami berhenti di RnR untuk makan malam dan solat maghrib dan isyak (jama' takhir). Setelah itu meneruskan perjalanan ke Mekah.

Sampai di hotel lebih kurang 12mlm, kami 'check in' dan diberi 1jam untuk bersiap menunaikan umrah wajib. 

21 Disember 2021
Dalam pukul 1pagi kami masuk ke Masjidil Haram dan buat pertama kali saya melihat Kaabah hati saya tersentuh dan terus menangis. "Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku sesungguhnya aku hambaMu yang banyak dosa, aku bersyukur dapat menjadi tetamu di rumahMu yang mulia" (waktu aku menulis entri ni aku menitiskan air mata merindui saat itu). Pada saat itu, saya hanya mahukan pengampunan dan keredhaan dari Allah. 
Di samping itu saya berharap Allah perkenankan segala doa2 saya. Kami melakukan tawaf, saie dan akhir sekali tahallul. 




Alhamdulillah selesai umrah wajib, pulang ke hotel dan berehat hari itu.

22 Disember 2021
Program ziarah pertama di Mekah adalah ke Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Ji'ranah (miqat umrah ke-2).

Kami berniat ihram di miqat dan sampai hotel naik sebentar dan terus menunaikan umrah.

Untuk menunaikan umrah kami perlu booking slot umrah di apps eatmarna sama seperti nak masuk raudhah.

Berikut ziarah tambahan yang disediakan..

*ZIARAH TAMBAHAN DI MEKAH (BERBAYAR)*

*1. Ekspedisi Mendaki Gua Hira’*
22/12, Rabu. 8:30 malam
SR 25 Seorang (Transport Sahaja)

*2. Makan Nasi Arab Daging Unta*
23/12, Khamis. 8 malam
SR 25 Seorang (Transport Sahaja)
SR 55 Setalam Makan Berempat Dibayar Sendiri

*3. Ziarah Ke Taif*
24/12, Jumaat. 1:30 petang
SR 150 Seorang (Transport & Makan Malam)

Saya hanya mengikuti ziarah ke-3.

23 Disember 2021
Ziarah kedua di kota Mekah adalah ziarah Hudaibiyah iaitu ke Wadi Berkat dan Miqat Hudaibiyah. Di Wadi Berkat ada unta, kuda, makanan Malaysia, dan tempat memanah..

24 Disember 2021
Hari Jumaat kedua, kali ini di Masjidil Haram..Ramai manusia berpusu-pusu menunaikan solat jumaat..

25 Disember 2021
Terasa begitu pantas masa berlalu, hari ini hari terakhir, seperti biasa kemas beg sebelum jam 10pg






















Khamis, 31 Disember 2020

Menjelang 1 januari 2021

Tahun 2020 hampir menutup tirai dan tahun 2021 bakal membuka tirainya tepat jam 12 malam. Bercerita mengenai tahun 2020, terlalu banyak kisah terutama tentang pandemik covid-19. Seperti entri sebelum ni covid bermula sejak 25 Januari 2020 dan menyebabkan PKP terpaksa diteruskan sehingga bulan Mei..then jun julai ogos september oktober sekolah dibuka. Namun sekolah terpaksa ditutup sekali lagi sehingga cuti sekolah..murid masih belajar di rumah.

Segalanya berlaku dalam tahun 2020. Alangkah seksanya murid dan guru terpaksa belajar dan mengajar atas talian. Kes semakin meningkat dari hari ke hari dan saat entri ini ditulis kes di Malaysia adalah yang paling tinggi sejak mula iaitu 2525 kes.. Allahuakbar.. Ya Allah ampunkan dosa kami di atas muka bumi ini dan angkatlah penyakit yang sangat ditakuti dan telah mengubah segalanya.. Kaulah Tuhan yang Maha Esa ya Allah

Rabu, 1 April 2020

Kisah Covid-19

Sebenarnya dari mula penularan covid-19 ni, saya nak tulis entri tentang wabak yang datang tanpa diduga. Sekarang ni dah masuk fasa ke-2 perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan Malaysia. PKP pertama bermula 18 Mac 2020 dan sepatutnya berakhir 31 Mac 2020. Namun apabila kes covid-19 tidak menunjukkan pengurangan malah kes kematian semakin meningkat, kerajaan menambah lagi tempoh PKP sehingga 14 April 2020.

Bermulanya kes pertama covid-19 di Malaysia ni adalah melibatkan 3 orang warga China yang datang dari Singapura ke Johor disahkan positif pada 25 Januari 2020. Selepas itu kes bertambah dari hari ke hari.

Hari ini 7 Mei 2020 PKP masih diteruskan iaitu untuk fasa keempat. Fasa ketiga adalah 15 - 28 April 2020 dan fasa keempat ditetapkan sehingga 12 Mei 2020..

Sabtu, 7 Mac 2020

Asas Sains Komputer Tingkatan 3 - Bab 3 Algoritma

Linear search - Binary search - Bubble sort dan Bucket sort

Dalam mengajar ASK, bab 3 iaitu algoritma adalah bab yang paling mencabar untuk saya menyampaikan isi kandungan yang ada supaya murid faham konsepnya. Saya wajib faham dulu sebelum murid faham. Jadi saya cuba menyediakan pseudokod dan carta alir dengan cara sendiri untuk diberikan kepada murid. Alhamdulillah objektif saya boleh dikatakan tercapai sebab murid faham pseudokod dan carta alir di bawah..



                                               Pseudokod dan Carta Alir Linear Search


                                          Pseudokod dan Carta Alir Linear Search


                                                Pseudokod dan Carta Alir Bucket Sort



                                              Pseudokod dan Carta Alir Bucket Sort

Khamis, 5 Mac 2020

Bengkel Membuka dan Memasang Senjata (M16) Kor Kadet Polis

Gembira melihat ahli Kor Kadet Polis belajar membuka dan memasang M16. Belum dapat membuka dan memasang sendiri kerana bengkel ini yang penting adalah untuk murid.








Pelancaran Nilam, HaNis & Google Classroom 2020

Pada 28.02.2020 sekolah telah mengadakan satu pelancaran bagi Nilam (Nadi Ilmu Amalan Mulia), HaNis (Hari Nilam Selangor) dan juga Google Classroom

Majlis pelancaran yang sederhana ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang betapa pentingnya ilmu, amalan membaca dan digital learning dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar. Murid yang berilmu diperlukan oleh negara kita untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.










Sabtu, 15 Februari 2020

Penggunaan 'Digital Learning' Dalam Kelas Matematik

Saya ingin berkongsi bagaimana saya menggunakan LCD Projector, any cast, aplikasi Onenote, Surface go + pen..

1. Saya on LCD dan sambungkan dengan any cast biasa..tak beli lagi screenbeam sebab dah ada any cast, dan tak mampu lagi nak beli hehe..

2. Sambungkan (connect) surface dengan projector dengan cara saya tekan je keypad windows+k atau boleh juga klik ikon notification dan klik connect then pilih nama anycast yg sy nk..

So skarang desktop surface kita dh display di skrin..ni 👇 video dan gmbr murid2 kelas masa sy guna 'digital clasroom'. So far mereka happy dan faham apa yg nk diajar..

Masa ni ajar rantau yg mewakili ketaksamaan

Kalau nk lebih jelas besarkan paparan dgn
gerakkan lcd ke belakang lg dn turunkan skit

Bagi murid tulis di surface (onenote) guna pen..

Nampak macam faham apa yg dipelajari.