Tarikh 27 Disember 2009 merupakan hari yang amat bermakna buat diriku dan suami kerana kami telah bergelar mama dan ayah..Aku telah melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.5kg di Hospital Banting, Selangor. Nak tahu tak pengalamanku pertama kali melahirkan anak?
Macam ni ceritanya, 26 disember 2009 selepas bangun solat subuh aku tidur semula sebab hari tu cuti..pukul 8 pagi bangun dari tidur aku terasa sakit perut macam nak buang air besar tapi beberapa kali pergi tandas tak jadi.. suami beritahu mak dia (kebetulan tidur rumah mak mertua hari tu)..kenapa asyik sakit perut je tapi tak keluar2 pun..Mak mertua cakap mungkin sakit nak bersalin sebab mak dulu pun macam tu 15 minit sekali sakit..Oo baru tahu tu sakit contraction yang orang cakap2 (perasaan masa tu agak nervous).. disebabkan baru first time kami segera ke hospital dalam pukul 9.30 pagi macam tu.
Sakit tu datang 15-20minit sekali
Bila nurse dan doktor check baru buka 1cm. Doktor suruh tunggu kat luar (wad) sebab lama lagi katanya untuk anak pertama. Jam menunjukkan pukul 12 tghari tak lama tu mak aku datang melawat. Aku makan tengahari yg dsediakan. Masa berbual dengan mak pun sakit tu datang (Mak yang dulu melahirkan aku memujuk aku supaya bersabar, agak sayu bila mak nak tinggalknku). Masa tu suami pun ada temankan sampai habis waktu melawat.
Bila masa berlalu jam 3-4 ptg sakit mcm bertambah kuat..xkerap lg sama je mcm tadi. Dalam pukul 5 ptg doktor review bukaan dan baru buka 3-4cm tapi doc suruh keluar semula. Pukul 6 ptg waktu makan malam..so aku pun mkn apa yg ada (mcm dah xde selera nk mkn) sbb sakit.
Bila masuk waktu maghrib aku menahan saja sakit contraction yang dtg semakin kuat dan kerap..waktu malam aku semakin tak senang duduk. Jam menunjukkan 9mlm aku bangun jalan2 sikit kemudian duduk semula sampailah jam 10.30 malam aku asyik berjalan ke depan dan ke katil. Orang lain selamba je aku tengok xsakit ke macam aku ni he.. pukul 11 semua lampu ditutup suruh tidur..tapi malangnya aku tak boleh lelap..sehinggalah 1pagi aku rasa macam dah sakit sangat tapi sebenarnya belum nak bersalin
Punyalah aku yang first time ni ingat tu dah sakit sangat dan nekad nak masuk labour room..korang kalau yang nak bersalin anak pertama janganlah cepat-cepat menyerah diri kat labour room. Cari nahas namanya kalau dah masuk tak boleh buat ape makan ke minum apa2 pun x dapat..aku tak tahu kan pastu nurse inject bagi ubat tahan sakit kononnya suruh aku tidur dulu sebab baru 5cm..akupun macam tidur tak tidur kejap2 terbangun..pukul 6 pagi kot doktor pecahkan air ketuban lepas tu sakit menjadi bertambah kuat tapi baru 7cm kna tunggu 10cm (full)..
Masa menahan sakit tu adalah suara2 tak sedap dengar dari nurse2 kat situ..mmg sejak aku nk masuk labour room lg dah marah2 aku. Dah lah takde sape nak support or tenangkan aku..kena marah lg adalah sampai air mataku mengalir sedikit..korang jangan buat ape yg aku dah buat ye..tak elok nangis..tahan je sakit tu sambil baca lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin..selawat jgn tinggal..beginilah pengorbanan seorg ibu
Mungkin ada ibu yg tak merasa contraction. Bersyukurlah siapa yg bersalin mudah. Ok sambung cerita tadi..tahan punya tahan tetiba aku rasa dah tak tahan panggil2 nurse mcm buat2 tak dengar huhu..tapi bila diorg tgk dah full..aku disuruh teran..bayangkanlah sejak 6ptg last aku makan nasi..mlm tu just mkn roti separuh aku macam xde tenaga..dah beberapa kali teran tak keluar..tapi kepala baby dah nmpk. Waktu tu ramai gak nurse nk tolong aku mungkin disebabkan ubat tahan sakit tu yang sakit nak meneran kejap ada kejap hilang mmg tenaga pun takde masa tu.
Bila doktor dtg dah hampir nak guna forsep tuk tarik kepala baby tp dengan izin Allah tiba2 kepala baby keluar dan aku push lg tuk bagi semua anggota badannya keluar..
Tepat jam 9.15 pagi..Syukur kepada Allah mungkin berkat doa suami yg setia menunggu di luar memudahkan baby keluar secara normal walaupun prosesnya agak sukar..
Inilah wajah anak sulungku
![]() |
| Syukur alhamdulillah..atas anugerah ini |
Selepas baby keluar leganya hanya Allah yg tahu..ada tanda macam luka skit kat kening baby sebab doktor dah masukkan forcep tapi..banyak jugak jahit tp takpe asalkan semua selamat 😘

Tiada ulasan:
Catat Ulasan