tentangku

Blog ini menceritakan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan untuk dijadikan panduan pembaca di luar sana. Perkongsian bahan-bahan pdpc juga ada dalam blog ini.

Rabu, 11 Disember 2019

Skin tag preauricular - Lebihan daging di telinga

Masa aiman lahir, aku perhati seluruh anggotanya tangan..jari..hidung.. mulut..telinga dll.. aku rasa semua ibu-ibu akan buat benda yg sama setiap kali anak selamat dilahirkan. Tengok kat telinga aiman ada lebihan daging..aku ckp kt husband tengok telinga aiman, aku fikir kesian aiman bila besar nanti mesti segan kalau perempuan pakai tudung tak nampak..dekat buku baby nurse dah tulis kat bhgn telinga dgn pen merah 'ear tag'.. dalam hati aku tertanya2 xnormal ke or adakah ia bahaya.. Biasanya ear tag ni terjadi pada bayi lelaki

Macam ni lah ear tag tu..


Gambar terkini

Doc tengok n dia tanya ada tak adik beradik lain ada mcm ni..sbnrnya uwais ada skit n biji tu kecil je tak jelas mcm aiman.. doc ckp benda ni tak akan hilang n membesar mengikut umurnya..

Aku terima anugerah ini dengan redha. Skin tag ni boleh hilang kalau buat operation kecil..tapi aku takkan buat sbb takut akan memburukkan lg keadaan.. Kesempurnaan hanya milik Allah.

Read this!

Causes. The external ear forms early in development before a baby is born when six raised soft tissue swellings (hillocks) fuse together. ... Ear tags can occur by themselves, or may occur in association with genetic syndromes such as Goldenhar syndrome, hemifacial microsomia, and first and second branchial arch syndrome.

Isolated preauricular tags (IPT) have an incidence of ~5-10/1000 live births. These are the most common minor external ear abnormalities and are often noted incidentally on physical examination. Renal malformations have an incidence of ~1-3/100 live births

Kredit to :
https://www.chop.edu/conditions-diseases/ear-tags

Jumaat, 8 November 2019

Cara mengurangkan stress guru

Dalam menjalankan tugas sebagai guru pasti kita pernah merasa tertekan bila kerja datang bertimpa-timpa. Aku baru mengajar dan bertugas sebagai seorang guru 15 tahun 3 bulan.. Aku banyak berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang terdiri daripada rakan guru, ppd, pkg, jpn, kpm, bpg, lpm, murid, ibu bapa murid dan masyarakat umumnya. Mula posting 2 Ogos 2004, aku mengajar addmath tingkatan 4, dan ict tingkatan 5 kot sebab ambil alih kelas guru ict yg berpindah dan aku jadi guru data sekejap..so dalam 4 bulan aku tahu tentang emis, menanda addmaths yg ramai gagal hehe sebab kelas tu 4 ac 2 kan yg mmg nakal. Kelas lain aku xberapa ingat sebenarnya selama 4 - 5 bulan tu.. Tahun 2005-2006 aku ditukar ke sesi petang atau dua alam aku pun tak pasti..

Mengajar di negeri orang memang mencabar sebab nak adapt dengan persekitaran jauh daripada keluarga..

Ok straight to the point,

Cara nak hilang stress :

1. Jangan fikir benda2 remeh
2. Bila banyak kerja buat yang mana penting dahulu. Satu2 siapkan
3. Banyakkan istighfar (ni sgt penting sbb dgn cara ni je boleh release tension).. mengadulah pada Yang Esa
4. Jgn hirau apa yg org kata..yg penting kita buat ape yg termampu utk diri kita

To be continued

Sabtu, 23 Mac 2019

Pembelajaran Abad 21

Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, guru memainkan peranan penting menarik minat murid untuk belajar.

Aku nak kongsi koleksi2 gambar pembelajaran berpusatkan murid πŸ‘‡πŸ‘‡

Gambar ni masa aku ajar tajuk algoritma tingkatan 2






Ahad, 13 Januari 2019

Pengalaman bersalin anak kelima


Ini lah wajah anak kelimaku


Pada 2 September 2017 jam 1pagi - 2pagi aku merasa tidak senang duduk dan apabila nak tidur asyik terjaga disebabkan rasa contraction.. aku ke sana sini, ke sebelah husband kononnya nak mengadu sakit tapi tak nak kacau dia tidur..aku cuba tidur tak boleh dan aku tahu mmg dah nak bersalin ni cuma tak nak cepat sangat ke hospital so aku pun buat air milo dan makan biskut..(tak nk pisang berbuah 5kali hehe sebelum ni masa bersalin tak makan apa2 memang tak larat) sampailah pukul 4pagi aku rasa makin kuat sakitnya.. time tu terusla aku kejut suamiku dan bergegas ke hospital  perlahan2 je sbb masih boleh tahan he..sebelum masuk tu aku call mak aku beritahu dah sakit nak bersalin so minta mak doakan..

Sampai situ nurse cek dah buka 5cm mmg contraction tak berhenti pun doktor suh trus masuk labour room..lepas masuk tu doktor terus pecahkan ketuban..tapi agak susah sikit aku pun tak tahu kenapa macam doc terpaksa masukkan ke dalam dan gunakan tenaga yang kuat barulah pecah..

lepas tu biasalah sakit semakin kuat dan ntah macam mane doc boleh suruh husband masuk sebab masa tu dalam kul 6 pagi orang tak ramai..

To be continued




Pengalaman memasang implanon (perancang keluarga)

Hye semua.. entry kali ni aku nak kongsi sedikit pengalaman memasang implan untuk perancang keluarga.. sebelum tu as uolls know aku telah melahirkan lima orang cahaya mata dalam tempoh 9 tahun😊 for me it's so fast and very challenging..

Seperti mana entry sebelum ni iaitu pengalaman melahirkan anak pertama sehingga kelima pada tarikh2 tertentu.. beza anak2 aku ada yang setahun 6 bulan, 2 tahun 3 bulan, 1 tahun 2 bulan (paling rapat), dan yg last 2 tahun 8 bulan.. lepas anak keempat yg jaraknye sgt rapat tu aku ambil pil perancang 5 bulan (5kali) disebabkan x disiplin, aku tukar injection 3 bulan sekali dlm 3 kali kot.. lepas tu konon2 aku dan husband yakin boleh plan sendiri dan aku pun stop la.. mmm tup2 tak disangka2 terpragnent lg πŸ˜…..

Ok.. now anak kelima aku dah pun berusia setahun (sebenarnya mmg boleh rancang sendiri tanpa ape2 kaedah.. tapi banyak tapinya).. huhu so my husband terus suruh aku pasang implan 21 dis 2018..aku menyerahkan diri di satu klinik swasta kt banting ni..

First of all doc akan tanya tentang period.. dan disebabkan aku baru 2 hari habis period so memang confirm la tak pregnant kan.. doc akan tanya betul2 kat kita sama ada "betul ke nak pakai implan?" Aku pun cuak gak, susah ke nak pasang, ada kesan tak baik ke, tapi aku nekad dan teruskan niat sebab ada beberapa orang sekeliling yang pakai cakap ok je tak rasa ape..

So doc pun masukkan ubat bius kat bawah lengan sebelah kiri (sebab aku menulis dan buat kerja guna tangan kanan).. lepas tu doc dah pastikan aku x rasa sakit lg, dia pun masukkan implan tu lebih kurang 1-2inch kot panjang rod plastik tu.. then doc balut tangan aku dan suruh biar balutan tu 24jam (esok dia suruh datang untuk buka balutan tu) memang betul masa masukkan tu tak rase sakit pun..

Dan keesokan hari doc pun buka.. bila disentuh ada gak terasa sakit sikit yelah baru sehari.. kat tempat yang dibalut mmg xde rasa/kesan ape.. tapi yg bahagian xkena balutan ada lebam skit.. pastu dalam 5hari lepastu aku rase xsedap hati sebab kesan lebam n rase sakit tu macam makin besar tapi sebenarnya sakit tu dsebabkan malam tu anak aku yg masih mnyusu tlanggar kt tempat implan tu dan tangan aku terlalu bnyk bgerak.. sepatutnya jangan buat kerja lasak2 sbb baru lagi..

Then seminggu demi seminggu aku perhati kesan lebam tu semakin hilang..dan hari ni selepas 3minggu lebam tu dah xde alhamdulillah pegang pun xrase sakit.. dan period aku datang ikut time cuma lewat skit sepatutnye 5hari lepas tapi ni tempoh period dah jadi 32 hari dan berharap normal la period ni.. cuma lepas 3 bulan ok, selepas itu dua bulan sekali baru datang..

Sekarang dah hampir dua tahun pakai implanon period kejap ok kejap tak.. tapi takpe yang penting badan sihat je.

So kalau ada yg merancang nak pakai tu teruskan lah ye ok je xde kesan negatif insya-Allah