tentangku

Blog ini menceritakan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan untuk dijadikan panduan pembaca di luar sana. Perkongsian bahan-bahan pdpc juga ada dalam blog ini.

Ahad, 13 Januari 2019

Pengalaman memasang implanon (perancang keluarga)

Hye semua.. entry kali ni aku nak kongsi sedikit pengalaman memasang implan untuk perancang keluarga.. sebelum tu as uolls know aku telah melahirkan lima orang cahaya mata dalam tempoh 9 tahun😊 for me it's so fast and very challenging..

Seperti mana entry sebelum ni iaitu pengalaman melahirkan anak pertama sehingga kelima pada tarikh2 tertentu.. beza anak2 aku ada yang setahun 6 bulan, 2 tahun 3 bulan, 1 tahun 2 bulan (paling rapat), dan yg last 2 tahun 8 bulan.. lepas anak keempat yg jaraknye sgt rapat tu aku ambil pil perancang 5 bulan (5kali) disebabkan x disiplin, aku tukar injection 3 bulan sekali dlm 3 kali kot.. lepas tu konon2 aku dan husband yakin boleh plan sendiri dan aku pun stop la.. mmm tup2 tak disangka2 terpragnent lg 😅..

Ok.. now anak kelima aku dah pun berusia setahun (sebenarnya mmg boleh rancang sendiri tanpa ape2 kaedah.. tapi banyak tapinya).. huhu so my husband terus suruh aku pasang implan 21 dis 2018..aku menyerahkan diri di satu klinik swasta kt banting ni..

First of all doc akan tanya tentang period.. dan disebabkan aku baru 2 hari habis period so memang confirm la tak pregnant kan.. doc akan tanya betul2 kat kita sama ada "betul ke nak pakai implan?" Aku pun cuak gak, susah ke nak pasang, ada kesan tak baik ke, tapi aku nekad dan teruskan niat sebab ada beberapa orang sekeliling yang pakai cakap ok je tak rasa ape..

So doc pun masukkan ubat bius kat bawah lengan sebelah kiri (sebab aku menulis dan buat kerja guna tangan kanan).. lepas tu doc dah pastikan aku x rasa sakit lg, dia pun masukkan implan tu lebih kurang 1-2inch kot panjang rod plastik tu.. then doc balut tangan aku dan suruh biar balutan tu 24jam (esok dia suruh datang untuk buka balutan tu) memang betul masa masukkan tu tak rase sakit pun..

Dan keesokan hari doc pun buka.. bila disentuh ada gak terasa sakit sikit yelah baru sehari.. kat tempat yang dibalut mmg xde rasa/kesan ape.. tapi yg bahagian xkena balutan ada lebam skit.. pastu dalam 5hari lepastu aku rase xsedap hati sebab kesan lebam n rase sakit tu macam makin besar tapi sebenarnya sakit tu dsebabkan malam tu anak aku yg masih mnyusu tlanggar kt tempat implan tu dan tangan aku terlalu bnyk bgerak.. sepatutnya jangan buat kerja lasak2 sbb baru lagi..

Then seminggu demi seminggu aku perhati kesan lebam tu semakin hilang..dan hari ni selepas 3minggu lebam tu dah xde alhamdulillah pegang pun xrase sakit.. dan period aku datang ikut time cuma lewat skit sepatutnye 5hari lepas tapi ni tempoh period dah jadi 32 hari dan berharap normal la period ni.. cuma lepas 3 bulan ok, selepas itu dua bulan sekali baru datang..

Sekarang dah hampir dua tahun pakai implanon period kejap ok kejap tak.. tapi takpe yang penting badan sihat je.

So kalau ada yg merancang nak pakai tu teruskan lah ye ok je xde kesan negatif insya-Allah

Tiada ulasan: