tentangku

Blog ini menceritakan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan untuk dijadikan panduan pembaca di luar sana. Perkongsian bahan-bahan pdpc juga ada dalam blog ini.

Khamis, 10 Mei 2018

Malaysia mencatat sejarah PRU14

Saya saja menulis di blog ini tentang 9 mei 2018.. Pada tarikh ini suara rakyat Malaysia sepakat menjatuhkan kerajaan yang dipegang oleh pimpinan Barisan Nasional yang setelah sekian lama iaitu 60 tahun memerintah negara. 20-30 tahun akan datang Sejarah ini akan disebut oleh anak cucu cicit kita.. inilah yang dikatakan kehidupan hanya lakonan.. Allah Maha Mengetahui segala yang di langit dan yang di bumi..
Walaupun saya bukan penyokong pakatan harapan yang dibuat oleh Tun Mahathir.. yang mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia, tapi saya agak excited melihat parti yang selama ini ditentang oleh PAS iaitu parti kesayanganku.. jatuh juga setelah 60tahun inilah demokrasi yang sebenar.. (baru nampak setelah pembangkang menewaskan kerajaan terdahulu)..
PAS adalah parti islam, dengan adanya parti ini maka suara tentang peneguhan islam akan terus menerus ada dalam parlimen.. PAS hanyalah sebuah parti namun ahli-ahli PAS mestilah sedar perjuangan sebenar kita sebagai hamba Allah dan semua manusia adalah sama di sisi Allah hanya ketaqwaan seseorang yang membezakan seorang hamba dengan yang lain.. Saya tak suka bila ada dalam kalangan ahli pas yang bersikap terlalu jumud.. memang kita nak tegakkan hukum islam.. Allah akan bersama orang2 yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip islam.. tapi dalam kes PRU14 ini negara sangat perlukan kejatuhan BN agar segala perbuatan pemimpin BN selama 60 tahun memerintah dapat dicantas..
Dalam negara yang berbilang kaum PAS perlu menunjukkan kekuatan dan kelebihan kepada orang bukan islam kerana kita semua mahukan negara dan pemimpin yang boleh membela seluruh rakyat..
Sebenarnya saya masih terfikir tentang sesuatu yang agak pelik.. Tentang Tun Mahathir.. Mungkin ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan..


Leadership Tun Mahathir
Dia lead kerajaan, BN menang.
Dia lead pembangkang, PH terus menang.
Dia naikkan Pak lah, dan dia juga turun kan Paklah
Dia naikkan Najib, dia juga mampu jatuhkan Najib... dia lingkupkan sekali BN
Dia jatuhkan Anwar, dia juga mampu naikkan Anwar.
Dia berani keluar dari parti yang menjadi sejarah sepanjang hidup dia, dan dengan hati kering masuk dalam parti yang dicipta untuk menjatuhkan dia.
Dia pernah buat rakyat marah gila, dan dia boleh jadikan rakyat yang sama, gilakan dia semula...yes memang gila
Pemimpin, dia bina pengaruh paling besar
Dia tak paksa orang buat, tapi dia buat orang buat sebab mereka sendiri mahu buat.

Perdana menteri ke-7.

Perdana menteri tertua Malaysia. Perdana menteri pertama memegang jawatan Tun. Perdana menteri pertama naik dua kali.
Tun M the Legend


Tapi kita tengok dan lihatlah Allah lagi hebat dan Allah Maha Besar dan Berkuasa atas segala yang terjadi.. Tiada satupun makhluk yang dapat menandingi Allah.. AllahuAkbar..Subhanallah..




Tiada ulasan: